Starawaji's Blog

Jadikan sabar dan sholat sebagai penolongmu

  • DOWNLOAD FULL APLIKASI

  • Tranlate language

  • Terima kasih kunjungannya

  • pengunjung

  • Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

    Bergabunglah dengan 24 pengikut lainnya

  • Bookmark and Share
  • counter

  • para komentator

    alghazaliefarizi di Agama terdiri dari dua ba…
    Umar rahman di Lowongan kerja Pt. Yasunaga…
    komarudin di Lowongan kerja Pt. Yasunaga…
    sakad di Lowongan kerja Pt. Yasunaga…
    Muhammad Habibie di Islam dan perkembangan zaman d…
    Abdul Kholiq Hasan di Pengertian Kedisiplinan
    kapten pergerakan di PENGERTIAN TATA TERTIB
    Sukarno Putra Naga di pt.yasunaga pt. nippon seiki b…
    hariri wahyudi di METODE MENGAJAR PENDIDIKAN…
    Febri jaka hendra di Lowongan kerja Pt. Yasunaga…
    suefah di Lowongan kerja Pt. Yasunaga…
    nurrachman di Jumlah huruf dalam Al Qur…
    Faizal di Lowongan kerja Pt. Yasunaga…
    HABIB ATHOILLAH di Faktor-faktor yang mempengaruh…
    Ari Waluyo di Lowongan kerja Pt. Indonesia N…
  • Tulisan Teratas

  • RSS indoforum

  • RSS berita aktual

  • RSS liputan 6

  • NimbuZZ

    Error: Twitter did not respond. Please wait a few minutes and refresh this page.

  • Add to Technorati Favorites
  • depdiknas

  • twitter

  • Top Rated

  • Sejarah Perkembangan Islam

    Posted by starawaji pada Oktober 31, 2009

    Sejarah Islam
    Dari Wikipedia Bahasa Melayu,
    ensiklopedia bebas.
    Islam bermula pada tahun 622
    apabila wahyu pertama diturunkan
    kepada rasul yang terakhir iaitu
    Muhammad bin Abdullah di Gua
    Hira’, Arab Saudi. Sejarah Islam
    menceritakan perkembangan Islam
    sehinggalah sekarang.
    Isi kandungan [sorok]
    1 Pengenalan
    2 Nabi Muhammad s.a.w.
    3 Perkembangan Islam
    3.1 Khulafa al-Rasyidin
    3.2 Kerajaan Bani Ummaiyyah
    3.3 Kerajaan Bani Abbasiyyah
    3.4 Empayar Turki Uthmaniyyah
    Pengenalan
    Islam muncul di Semenanjung Arab
    pada kurun ke-7 masihi apabila Nabi
    Muhammad s.a.w. mendapat
    wahyu daripada Allah s.w.t. Selepas
    wafatnya Rasullullah s.a.w. kerajaan
    Islam berkembang sejauh Lautan
    Atlantik di Barat dan Asia Tengah di
    Timur. Lama-kelamaan umat Islam
    berpecah dan terdapat banyak
    kerajaan-kerajaan Islam lain yang
    muncul.
    Walau bagaimanapun, kemunculan
    kerajaan-kerajaan Islam seperti
    kerajaan Umaiyyah, kerajaan
    Abbasiyyah, kerajaan Seljuk Turki
    Seljuk, kerajaan Uthmaniyyah Turki
    Uthmaniyyah, Empayar Moghul
    India, dan Kesultanan Melaka telah
    menjadi antara empayar yang
    terkuat dan terbesar di dunia.
    Tempat pembelajaran ilmu yang
    hebat telah mewujudkan satu
    Tamadun Islam yang agung.
    Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli
    falsafah dan sebagainya muncul dari
    negeri-negeri Islam terutamanya
    pada Zaman Keemasan Islam.
    Pada kurun ke-18 dan ke-19 masihi,
    banyak kawasan-kawasan Islam
    jatuh ke tangan penjajah Eropah.
    Selepas Perang Dunia I, Empayar
    Turki Uthmaniyyah iaitu empayar
    Islam terakhir tumbang
    menyembah bumi.
    Nabi Muhammad
    s.a.w.
    Semenanjung Arab sebelum
    kedatangan Islam merupakan
    sebuah kawasan yang tidak maju.
    Kebanyakkan orang Arab
    merupakan penyembah berhala dan
    ada sesetengahnya merupakan
    pengikut agama Kristian dan Yahudi.
    Mekah ialah tempat suci bagi bangsa
    Arab ketika itu kerana di situ
    terdapatnya berhala-berhala agama
    mereka dan juga terdapat Telaga
    Zamzam dan yang paling penting
    sekali Kaabah.
    Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di
    Mekah dalam Tahun Gajah (570 atau
    571 masihi). Baginda merupakan
    seorang anak yatim lagi selepas
    ayahnya Abdullah dan emaknya
    Aminah meninggal dunia. Baginda
    dibesarkan oleh pakciknya iaitu Abu
    Talib. Baginda kemudiannya
    berkahwin dengan Siti Khadijah dan
    menjalani kehidupan yang selesa
    dan aman.
    Baginda tidak menggemari suasana
    Mekah yang penuhi dengan
    masyarakat yang mempunyai
    masalah sosial yang tinggi. Selain
    dari memperdagangkan berhala,
    masyarakat Jahilliah turut menanam
    bayi-bayi perempuan. Baginda
    banyak menghabiskan masa
    mencari ketenangan digua Hira’.
    Sehinggala ketika Nabi Muhammad
    s.a.w. berusia lebih kurang 40
    tahun, baginda telah didatangi oleh
    Malaikat Jibril a.s. Selepas beberapa
    ketika baginda mengajar ajaran
    Islam secara tertutup kepada rakan-
    rakan terdekatnya dan seterusnya
    secara terbuka kepada seluruh
    penduduk Mekah.
    Pada tahun 622 masihi, baginda dan
    pengikutnya berhijrah ke Madinah.
    Peristiwa ini dipanggil Hijrah.
    Semenjak daripada peristiwa itu
    bermulalah Kalendar Islam.
    Mekah dan Madinah kemudiannya
    berperang. Nabi Muhammad s.a.w.
    memenangi banyak pertempuran
    walaupun ada di antaranya tentera
    Islam tewas. Lama kelamaan orang-
    orang Islam menjadi kuat dan
    berjaya membuka Kota Mekah.
    Selepas kewafatan Nabi Muhammad
    s.a.w., seluruh Semenanjung Arab
    di bawah penguasaan orang Islam.
    Perkembangan Islam
    Secara umumnya Sejarah Islam
    selepas kewafatan Nabi Muhammad
    s.a.w. telah berkembang secara
    serius diseluruh dunia. Kerajaan Bani
    Ummaiyyah, Kerajaan Bani
    Abbasiyyah, dan Empayar Turki
    Uthmaniyyah boleh dikatakan
    penyambung kekuatan Islam
    selepas pemerintahan Khulafa al-
    Rasyidin.
    Khulafa al-Rasyidin
    Untuk rencana utama: sila lihat
    Khulafa al-Rasyidin
    632M- Kewafatan Nabi Muhammad
    s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik
    menjadi khalifah. Usamah ibn Zaid
    mengetuai ekspedisi ke Syria.
    Kempen menentang kumpulan
    Murtad iaitu Bani Tamim dan
    Musailamah al-Kazzab.
    633M- Pengumpulan Al Quran
    bermula.
    634M- Kewafatan Saidina Abu Bakar.
    Saidina Umar Al-Khatab dilantik
    menjadi khalifah. Penaklukan
    Damsyik dan seterusnya kempen
    meluaskan jajahan Islam di Tanah
    Parsi
    635M- Penawanan Madain, ibukota
    Empayar Parsi Sassanid.
    636M- Penaklukan Syria,
    Mesopotamia, dan Palestin.
    637M- Mesir ditawan.
    638M- Penawanan Baitulmuqaddis
    oleh tentera Islam.
    640M- Kerajaan Islam Madinah mula
    membuat duit syiling Islam.
    644M- Saidina Umar mati syahid
    akibat dibunuh. Saidina Uthman
    Affan menjadi khalifah.
    645M- Kempen di Afrika Utara.
    Cyprus ditakluk.
    646M- Kempen menentang
    Byzantine.
    647M- Angkatan Tentera Laut Islam
    ditubuhkan & diketuai oleh
    Muawiyah Abu Sufyan. Perang di
    laut menentang angkatan laut
    Byzantine. Empayar Parsi Sassanid
    ditumpaskan.
    648M- Pemberontakan menentang
    pemerintahan Saidina Uthman.
    656M- Saidina Uthman wafat akibat
    dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik
    menjadi khalifah. Terjadinya Perang
    Jamal.
    657M- Saidina Ali memindahkan
    pusat pemerintahan daripada
    Madinah ke Kufah. Perang Siffin
    meletus.
    659M- Saidina Ali menawan kembali
    Hijaz dan Yaman daripada
    Muawiyah. Muawiyah
    mengisytiharkan dirinya sebagai
    khalifah Damsyik.
    661M- Saidina Ali wafat dibunuh.
    Tamatnya pemerintahan Khulafa al-
    Rasyidin. Saidina Hasan (Cucu
    Rasulullah S.a.w) kemudian diangkat
    sebagai Khalifah ke-5 Umat Islam
    menggantikan Saidina Ali.
    661M- Setelah sekitar 6 bulan
    Khalifah Saidina Hasan memerintah,
    2 kelompok besar pasukan Islam
    yaitu Pasukan Khalifah Saidina Hasan
    di Kufah dan pasukan Muawiyah di
    Damsyik telah siap untuk memulai
    suatu pertempuran besar. Ketika
    pertempuran hendak pecah,
    Muawiyah kemudian menawarkan
    rancangan perdamaian kepada
    Khalifah Hasan yang kemudian
    dengan pertimbangan persatuan
    Umat Islam, rancangan perdamaian
    Muawiyah ini diterima secara
    bersyarat oleh Khalifah Saidina
    Hasan dengan kekuasaan
    Kekhalifahan diserahkan oleh
    Khalifah Hasan kepada Muawiyah.
    Tahun itu kemudian dikenal dengan
    nama Tahun Perdamaian/Persatuan
    Umat (Am Jamaah) dalam sejarah
    Umat Islam. Sejak saat itu
    Muawiyah menjadi Khalifah Umat
    Islam yang kemudian
    dilanjutkannya dengan sistem
    Kerajaan Islam yang pertama yaitu
    pergantian pemimpin (Raja Islam)
    yang dilakukan secara turun
    temurun (Daulah Umayyah) dari
    Daulah Umayyah ini kemudian
    berlanjut kepada Kerajaan-Kerajaan
    Islam selanjutnya seperti Daulah
    Abbasiyah, Fatimiyyah, Usmaniyah
    dll.
    Kerajaan Bani
    Ummaiyyah
    Untuk rencana utama: sila lihat
    Kerajaan Bani Ummaiyyah
    661M- Muawiyah menjadi khalifah
    dan mengasaskan Kerajaan Bani
    Ummaiyyah.
    670M- Mara ke Afrika Utara.
    Penaklukan Kabul.
    677M- Penawanan Samarkand dan
    Tirmiz. Serangan ke atas
    Constantinople.
    680M- Kematian Muawiyah. Yazid I
    menaiki takhta. Peristiwa
    pembunuhan Saidina Hussein.
    685M- Khalifah Abdul Malik
    menjadikan Bahasa Arab sebagai
    bahasa rasmi kerajaan.
    700M- Kempen menentang kaum
    Barbar di Afrika Utara.
    711M- Penaklukan Sepanyol, Sind,
    dan Transoxiana.
    712M- Tentera Ummaiyyah mara ke
    Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
    713M- Penaklukan Multan.
    716M- Serangan ke atas
    Constantinople.
    717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi
    khalifah. Pembaharuan yang hebat
    dijalankan.
    725M- Tentera Islam menawan
    Nimes di Perancis.
    749M- Kekalahan tentera
    Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan
    tentera Abbasiyyah.
    750M- Damsyik ditawan oleh
    tentera Abbasiyyah. Kejatuhan
    Kerajaan Bani Ummaiyyah.
    Kerajaan Bani
    Abbasiyyah
    Untuk rencana utama: sila lihat
    Kerajaan Bani Abbasiyyah
    752M- Bermulanya Kerajaan Bani
    Abbasiyyah.
    755M- Pemberontakan Abdullah bin
    Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
    756M- Abd ar-Rahman I
    mengasaskan Kerajaan Bani
    [[Ummaiyyah Sepanyol.
    763M- Penubuhan kota Baghdad.
    Kekalahan tentera Abbasiyyah di
    Sepanyol.
    786M- Harun al-Rashid menjadi
    Khalifah.
    792M- Serangan ke atas selatan
    Perancis.
    800M- Kaedah sainstifik dicipta.
    Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
    805M- Kempen menentang
    Byzantine. Penawanan Pulau
    Rhodes dan Cyprus.
    809M- Kewafatan Harun al-Rashid.
    Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
    814M- Perang saudara di antara Al-
    Amin dan Al-Ma’mun. Al-Amin
    terbunuh dan Al-Ma’mun menjadi
    khalifah.
    1000M- Masjid Besar Cordoba siap
    dibina.
    1005M- Multan dan Ghur ditawan.
    1055M- Baghdad ditawan oleh
    tentera Turki Seljuk. Pemerintahan
    Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang
    kekal sehingga tahun 1258 apabila
    tentera Mongol memusnahkan
    Baghdad.
    1085M- Tentera Kristian tawan
    Toledo (di Sepanyol).
    1091M- Bangsa Norman tawan
    Sicily, pemerintahan Muslim di sana
    tamat.
    1095M- Perang Salib pertama
    berlaku.
    1099M- Tentera Salib tawan
    Baitulmuqaddis. Mereka membunuh
    semua penduduknya.
    1144M- Nuruddin Zengi tawan
    Edessa daripada tentera Kristian.
    Perang Salib kedua berlaku.
    1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan
    Baitulmuqaddis daripada tentera
    Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
    1194M- Tentera Muslim menawan
    Delhi, India.
    1236M- Tentera Kristian tawan
    Cordoba (di Sepanyol).
    1258M- Tentera Mongol menyerang
    dan memusnahkan Baghdad.
    Ribuan penduduk
    terbunuh.Kejatuhan Baghdad.
    Tamatnya pemerintahan Kerajaan
    Bani Abbasiyyah-Seljuk.
    1260M- Kebangkitan Islam. Kerajaan
    Bani Mamluk di Mesir (merupakan
    pertahanan Islam yang ketiga
    terakhir selepas Makkah & Madinah)
    pimpinan Sultan Saifuddin Muzaffar
    Al-Qutuz menewaskan tentera
    Mongol di dalam pertempuran di
    Ain Jalut.
    Empayar Turki
    Uthmaniyyah
    Untuk rencana utama: sila lihat
    Empayar Turki Uthmaniyyah
    1243M- Bangsa Turki yang hidup
    secara nomad menetap secara tetap
    di Asia Kecil.
    1299M- Sebuah wilayah
    pemerintahan kecil Turki di bawah
    Turki Seljuk ditubuhkan di barat
    Anatolia.
    1301M- Osman I mengisytiharkan
    dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya
    Empayar Turki Uthmaniyyah.
    1345M- Turki Seljuk menyeberangi
    Selat Bosporus.
    1389M- Tentera Uthmaniyyah
    menewaskan tentera Serb di
    Kosovo.
    1402M- Timurlane, Raja Tartar
    (Mongol) menumpaskan tentera
    Uthmaniyyah di Ankara.
    1451M- Sultan Muhammad al-Fatih
    menjadi pemerintah.
    1453M- Constantinople ditawan oleh
    tentera Islam pimpinan Sultan
    Muhammad al-Fatih. Berakhirnya
    Empayar Byzantine.
    1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni
    dilantik menjadi sultan.
    1526M- Perang Mohacs
    1529M- Serangan dan kepungan ke
    atas Vienna.
    1571M- Perang Lepanto berlaku.
    1641M- Pemerintahan Sultan
    Muhammad IV
    1683M- Serangan dan kepungan ke
    atas Vienna buat kali kedua.
    1687M- Sultan Muhammad IV
    meninggal dunia.
    1703M- Pembaharuan kebudayaan
    di bawah Sultan Ahmed III.
    1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
    1792M- Perjanjian Jassy.
    1793M- Sultan Selim III
    mengumumkan “Pentadbiran Baru”.
    1798M- Napoleon cuba untuk
    menawan Mesir.
    1804M- Pemberontakan dan
    kebangkitan bangsa Serbia pertama.
    1815M- Pemberontakan dan
    kebangkitan bangsa Serbia kedua.
    1822M- Bermulanya perang
    kemerdekaan Greece.
    1826M- Pembunuhan beramai-
    ramai tentera elit Janissari. Kekalahan
    tentera laut Uthmaniyyah di
    Navarino.
    1829M- Perjanjian Adrianople.
    1830M- Berakhirnya perang
    kemerdekaan Greece.
    1841M- Konvensyen Selat.
    1853M- Bermulanya Perang Crimea.
    1856M- Berakhirnya Perang Crimea.
    1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah
    diluluskan.
    1878M- Kongres Berlin. Serbia dan
    Montenegro diberi kemerdekaan.
    Bulgaria diberi kuasa autonomi.
    1908M- Jawatankuasa Perpaduan
    dan Kemajuan atau lebih dikenali
    sebagai Turki Muda ditubuhkan.
    Perlembagaan Uthmaniyyah
    dikembalikan. Austria menyerang
    Bosnia dan Herzegovina.
    1912M- Perang Balkan pertama.
    1913M- Perang Balkan kedua.
    1914M- Empayar Uthmaniyyah
    memasuki Perang Dunia I sebagai
    sekutu kuasa tengah.
    1919M- Mustafa Kemal Atatürk
    mendarat di Samsun.
    1923M- Sistem kesultanan
    dihapuskan. Turki diisytiharkan
    sebagai sebuah Republik.
    1924M- Pejabat khalifah dihapuskan.
    Tamatnya pemerintahan Empayar
    Turki Uthmaniyyah.

    Tinggalkan Balasan

    Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

    Logo WordPress.com

    You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

    Gambar Twitter

    You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

    Foto Facebook

    You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

    Foto Google+

    You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

    Connecting to %s

     
    %d blogger menyukai ini: